0
Berubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.Suasana yang lama sudah tidak ada,suasana yang baru pula menjelma.Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada.Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.Setengah orang daripada kecil kita berkawan,kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanyayang negatif masih wujudSedangkan dunia sudah berubah,dia tidak pun berubah.Dunia sudah menjadi cantik dan indah.Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelikKerana itulah di zaman ada rasul,untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulamayang berwatak rasulErtinya untuk membangunkan duniasiapa sahaja boleh lakukanTapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosakManusia pun bertambah rosak dan jahatKerana dipimpin oleh pemimpinyang rosak dan jahatYang mana pemimpin itu puntidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnyaSedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubahSungguh susah hendak mengubah perangai manusiaTidak seperti alam semula jadimudah sahaja berubahSelepas Ekspedisi

0 comments: